Wednesday, 20 July 2016

YOGYAKARTA 2016 Part 1

Assalamualaikum...Bismillahirrahmanirrahim...
Lalala...Bersua kembali dalam penulisan yg tak seberapa nih..masa yang kurang mengizinkan buatkan penulisan jadi tsekat-sekat..ala2 microfon rosak gitu.Hee ape daa melalut.
Okeh, back to reality. Kali ni aku nak ceta pasal trip ke Jogjakarta atau Yogyakarta pada 20-22 hb Julai aritu.Al kisahnya tix flight aku dh beli lama..lebih kurang setahun jgk la..time promo AA la katekan. Mmg murah sgt2..return flight utk 2 org cuma RM135. Mase beli tu pun si Adam blom "wujud" lg hehe..so 2 hari before departure aku dgn semangatnye gi ler AA kaunter kat KL Sentral tu utk add nama Adam. Mudah je cuma byr RM100 n xperlu pilih seat sbb infant duduk dgn kita je. Oppss..sblom tu pastikan passport utk baby juga jgn lupa okay..!
Utk trip kali ni my emak saudara sblah hubby yg kami pgil Ciksu dgn 2 her son pun join skali. Urusan transportation & penginapan aku setelkan awal2 sbb xnk kelam kabut kt sana nnt. Kita nk jalan2, bukan nk memikir. Transportation aku book dengan Pak Wisnu. Boleh cari fb dia Wisnu Yogya. Inshaa Allah puas hati. Untuk hotel pulak aku pilih hotel dan melalui Booking.com . Nama hotel tu Hotel Tasek Jogja.
Alkisahnya flight petang tu patutnya pukul 3.15 delay pulok..aishh..perut dah mula merengek mintak diisi. Nasib baik cuma delay 1 jam. Penerbangan kali ni majoroti penuh dgn pelajar-pelajar tahfiz dari Malaysia yg nak balik ke tempat belajar diorang di Tanah Jawa..sempat la borak dgn sorang adik yg duduk sblah aku..org Terengganu. Katanya dh 4 tahun blaja pondok di Yogya sna n ada lg 4 tahun utk habis. Wahh..terkesima hakak dik. 2 jam lebih fly, tiba la kami di Bandar Udara Adisujipto (Adisujipto Internasional Airport). Airportnye sangat la comel..runwaynye pun lebih pendek dr airport Subang aku rasa. Adam? Haha..dia ok je..tido manjang. Setel urusan imigresen, kat pintu dh npk staff Pak Wisnu yg namanya Mas Heri dh stdby dgn poster brtulis "ZURIDA D". Perut yg tadi merengek je skrg dh mula berdangdut mintak nasiii nasiii...aishh aku mmg target nk mkn masakan Indonesia yg plg sedap. Mas Heri dtg dgn Suzuki Apv yg mmg ngam2 utk kami 6 org. Kira selesa n berbaloi dgn bayaran la pada aku. Tgk jam baru 6.15 (waktu di sana lewat 1 jam) tapi dah gelap. Kata adik tahfiz tadi waktu tu sbnarnya dah nk masuk Isyak. Ohohho..
Kami trus ke restoran yg sangattt cantik. Sekar Kedaton Restaurant, Kota Gede nama tpt tu. Mcm mkn dlm istana plk. Menu yg aku tgk kat buku mmg tak berapa nk paham..sbb dh lapar sgt main bedal je. tapi bila sampai serius sedap. Cuma yg klakar sikit aku mintak ice lemon tea yg dtgnye air the o ais campur serai. Erkk. Hahaha.. Layan gambo jap eh..


Buku merah jangan lupa bawaaa....

Dah sampai Tanah Jawa

Nomnomnomnom....sangat sedap!



Ahaa...lantaran dah kelaparan kami pun makan je la kat situ.Gambar kat atas tu aku ambik sblom ada add on nasi kosong n lauk lain. Terpikir jgk aku berapa caj nnt tp bila sampai bil kira ok la jatuh lebih kurang RM50 per head, Kata Mas Heri dia tak nak bawa kami ke tempat yg sebarangan wlpun dia tahu murah, takut tak bersih katanya. Wow..tq ya mas. kekeke
Lepas makan, kami trus ke hotel. Perjalanan dr aiport ke hotel dlm 20 minit jgk. N hotel yg aku book ni agak jauh dr Malioboro Street yg femes tu. Xpelah, lgpun bukan target aku utk shopping pun kt situ. Ada yg lg menarik tgh melambai2 esok pagi n hotel ni pun dh menghala ke arah situ. Apa dia?? Jeng jengg..ofcoz aku nk menjejak Merapi & Candi Borobudur yg femes tu..
Ok cerita pasal hotel, staff kat Tasek Jogja ni mmg sangat friendly. Diakui. Aku mmg ada buat review kat blog jgk psl hotel ni sblum book. Rata-rata berpuas hati cuma ada sebilangan mat saleh yg tak bekenan katanya sbb bising bunyi azan..cehh!

Ehsan Google
Bersambung.. 


Sunday, 3 July 2016

Resepi Laksa Utara simple tapi sodapp

Resepi Laksa Utara
(Simple jerr hokkayy..)

Bahan-bahan:
1 paket laksa (recommended Laksa Beras Faiza)

Bahan Kuah:
1 kg ikan kembung (direbus)
*Secubit belacan (bakar dulu)
*4 ulas bawang besar
*2 ulas bawang putih
*7-10 tangkai cili kering
Daun kesum
2 keping asam keping
Bunga kantan
Garam sedikit
(bahan bertanda * kena blend yer..)
5 cawan air (agak korang la kalau nak pekat boleh kurangkan)

Bahan Ulam
Timun
Daun selom (kalau xde boleh ganti dgn daun salad je)
Bawang Besar (mayang cantik2)
Telur (rebus)
Kicap (org utara makan dgn kicap..sedap baq ang!)

Cara2:
Rebus laksa. Toskan. Letak tepi dulu
Kuah:
Ikan kembung perlu direbus, ambil asingkan isi & tulang.Blend hingga hilang ketul-ketul, kemudian ditapis.Masuk dalam satu periuk.Kalau nak dapatkan rasa manis ikan boleh ulang2 bleng tulang ikan tapi mesti pastikan tapis betul2 supaya takla trcekik korang nanti..huhu.
Hidupkan api.
Masukkan bahan yang telah diblend tadi.
Masukkan air.
Bila hampir mendidih masukkan daun kesum & bunga kantan.
Perasakan dengan garam.

Bila dah mendidih, dah cukup rasa bolehlah tutup api. Potong bahan-bahan ulam ikut kreativiti sendiri. Jangan lupa telur rebus & kicap yea.
Selamat Mencuba!

Bersantai ke Ho Chi Minh City (Part 1)

Assalamualaikum wbt
Hehe..lama jugak aku tak masuk ke alam maya ni. Sebenarnya aku baru je 4 bulan bersalin anak pertama..dikurniakan Tuhan sorang putera yg supercomel..Adam Haziq namanye..itu yg blog ni jadinye zuehaziq..kira mcm kapel2 pye gabungan gitu..hehe
Entry kali ni aku nak share sikit ttg trip ke Ho Chi Minh pada bulan April 2015 (tahun lepas). Yelah, tahun lepas tersangat la bz, so ni je masa yg ada utk aku share experience aku yg tak seberapa ni ye..

Passport & Bording Pass- dua benda yg wajib ade.Hehe

Trip kali ni hanya aku dgn 3 officemate (Boboi, Kak Salwa & Kak Rah) yang pegi. Hubby bz ngan keje..so xdpt pegi..tp syukurla aku dapat gak big passport dari dia..hihi.Pagi buta kami dah tecongok kat KLIA 2. Kak Salwa dtg dgn kawan dia..aku lak hubby hantar..otw ke KLIA2 pickup Boboi n ibunye (Kak Rah) skali.
Sblom fly, macam biasa la kami semak2 dulu apa2 dokumen yang kena provide bila dh sampai ke sana nanti. Mmg macam tu la..sebabnya aku ni kan jenis gelabah sikit hahaha..so better la prepare dari awal. Tak nak kejadian di Miri beberapa tahun lalu berulang. Opss..hihi
Penerbangan memakan masa hanya 1 jam lebih. Lebih kurang je macam fly ke Sarawak. Bila dah hampir mendarat di Tan Son Nhat Aiport view paling jelas ialah betapa banyaknya motosikal di atas jalan! Betullah kata sorang kawan yg slalu ke sana, kalau tunggu motosikal habis lalu alamatnya tak melintas la kauu...


Arrival. Macam stesen bas je kan.
  Bila dah setel urusan di imigresen, kami keluar dan mencari bas yang akan menuju ke pusat bandar HCM. Hotel yang kami book ialah Saigon Pink yang terletak hanya 100 meter dari lokasi membeli belah yang popular iaitu Ben Thanh Market. Boboi sempat berkenalan dengan sorang budak Vietnam ni..aku pon dah lupa namanya apa. Dalam bercakap pun dah macam ayam bercakap dengan itik, sempat pulak diorang bertukar nombor telefon..huh! Apepon harus jugak aku berterima kasih pada si budak tersebut,sebabnye dia yang susah payah tolong kami cari bas..hihi tengkiu adik!

Nampak?? Kak Salwa & Kak Rah sibuk berkira-kira tambang bas..yg dua kat belakang tu duk bertukar nombor fon.hehe
 Aku nasihatkan kalau tak suka menempuh kesukaran korang baik ambik je pakej. Senang. Dh sampai sana konfirm2 guide dah tunggu. Jgn ikut kami yang memang saja nk cuba try test apa rasanya jadi pengembara tegar..hahaha..Untuk info, kami hanya booking tiket flight n hotel saja dari Msia. Pakej tak book sebab niat datang hanya utk bershoping. So kami decide ambik saja apa2 pakej yg ada di hotel nanti. Dah sampai hotel Saigon Pink, bilik pulak blom ready. Luckily receptionist benarkan kami letak beg dulu di kaunter n bolehla kami kluar melilau dalam BTM untuk cuci mata. Eleh, cuci la sangat kan! Aku mmg niat untuk berjalan2 je..lainla opis mate aku 3 org ni mmg tak cukup tangan diborongnye kain..Itu baru hari pertama smpai..masih dalam mode cuci mata okay..! Yang paling aku suka, kat depan hotel banyak peniaga menjual "kopi halal".Mmg sedap! Korang should try. Aku yg tak minum kopi ni pun 3 kali berulang beli. Dalam BTM selain pakaian banyak juga buah buahan yang saiznya berkali ganda dari buah2 kat Msia. Tak sempat pulak aku nak tanya baja jenis apa diorang pakai.Haha!
Kalau nak tahu, Saigon Pink ni salah satu hotel yang femes dikalangan pelancong dari Msia. Salah satunya adalah lokasi yang sangat dekat dengan tarikan membeli belah. Selain tu, di kawasan sekitar hotel ni pun banyak restoran halal. Jgn tak tahu ya, instruction dalam bilik hotel pun dalam bahasa Melayu. Kelass kauu...!



Buah Buahan
  

Buah buahan lagi


Compare la saiz buah avocado yg berkilat tu dgn yg kat Aeon Big kat sini..hihi


Yummy..kopi halal..kalau waktu malam lagi ramai yg menjual depan ni
 Hari pertama sampai, hanya habiskan masa dalam BTM. Jalan,makan,jalan,makan. Yg aku sakit hati sikit dlm BTM ni peniaga2 suka tarik2 tangan kita..mcm paksa2 suruh beli. Waa..mmg aku lari ler. Aku tak beli apa sangat..cuma beli 3 beg Deuter (tak ori) utk kegunaan hiking & jogging. Kain pasang ada la 3 helai beli, tak berapa kena dgn taste hihihi.Nak makan makanan halal, xda masalah pada aku kat HCM ni. Banyak je restoran makanan halal..ada yang letak bendera Msia pun ada. Cuma harga makanan agak mahal bila convert ke RM..ape tak nye, si Boboi makan nasi putih dgn tomyam je dah dekat RM40. Xda pilihan sbb makanan tak halal pon byk juga kat sini. So kena hati2 dalam memilih.Salah satu restoran yg femes ialah Restoran Hajah Basiroh. Hajah Basiroh ni sebenarnya sorang Qariah. Haa..kalau datang Restoran Hajah Basiroh ni boleh la tengok salasilah beliau. Menu yg sedap kat kedia ni bingka ubi dia. Mmg yummy!

Ni je barang yg aku beli..hehe


Antara barang kristal yg dijual dalam Ben Thanh Market


Kraftangan


Kraftangan lagi


Cantik kan??



Aku. tunggu akak2 bershoping. Ni kat depan BTM


Tengok la diorang muka happy giler rambang mata pilih kain..
....bersambung.